11 May 2010

Menghapuskan Anai-Anai

Jika anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah, seharusnya panggil exterminator profesional. Buat sendiri amat payah.

Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, saya berikan tips.

Kenal Anai-Anai
1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati
2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang .... Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.
3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.

09 April 2010

Rezeki

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.

Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.

02 April 2010

Amazon Affiliates

Selain daripada Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya, ni ada satu lagi cara untuk mendapat duit secara online.

Caranya adalah melalui Amazon Associates. Tapi yang ni bukan pay-per-click, sebab walaupun orang klik, ia hanya akan dikira sekiranya orang itu membeli produk yang diiklankan tersebut. kalau orang tak beli, tak dapat apa la.

Macam biasa, iklan Amazon ni boleh diletakkan di ruangan gadget2 blogspot. Yang menariknya di sini, iklan amazon ni boleh dimasukkan bersama posting yang kita buat. Contohnya macam yang saya buat kat dalam post nih.

01 April 2010

Blogger in draft

Inilah posting pertama yang akan saya kongsikan kepada semua.

Bagi pengguna2 blogger, tahukah anda yang sekarang blogger sedang mengupgrade sistem blogger sedia ada. buat masa sekarang, mereka belum lancarkan lagi update ni, oleh itu mereka namakan buat sementara waktu blogger in draft.

Nak tahu kelebihan2nya?

Selamat Datang

Selamat Datang kepada pengunjung Himpunan Ilmu. Ini adalah posting pertama blog ini.

Blog ini akan menghimpunkan ilmu-ilmu atau apa-apa sahaja yang boleh dijadikan amalan atau pengetahuan kita bersama sama ada ilmu dalam bidang komputer dan teknologi, agama, kesihatan dan macam-macam lagi.

Segala artikel dalam blog ini kebanyakannya bukan dari penulisan saya sendiri, kebanyakannya mungkin akan di ambil dari blog-blog yang lain, email atau dari mana-mana sumber sahaja. Mungkin akan ada sebahagian darinya adalah hasil dari penulisan dan pengalaman saya sendiri.

Sekian sahaja, terima kasih. Sila datang lagi... :D